PRESENTATION FINAL PROJECT

5/4/2018

DEBARAN PELAJAR DI MINGGU PEMBENTANGAN PROJEK AKHIR...


Debaran pelajar Semester 5 menghadapi minggu pembentangan projek akhir mereka.
Sesiapa sahaja akan berdebar, gugup, resah bahkan juga 'gelabah' untuk menghadapi perbentangan akhir projek. Begitu juga pelajar DRM Semester 5 Politeknik Nilai.
Pada sesi Disember 2017, mereka sedikit lega kerana PRIDE tidak ada kerana memasuki PRIDE lagi mendebarkan dan "MENGGILAKAN" pelajar untuk mereka keluarkan segala tenaga dan kepakaran untuk menjadi kumpulan pertama memenangi PRIDE dan wang tunai di sediakan sangat lumayan.

SAAT MENDEBARKAN




KUMPULAN PERTAMA untuk sesi pertama....
Sangat mendebarkan dan menakutkan kata mereka.
Menjadi kumpulan pertama adalah saat yang menakutkan seperti menghadapi pertuduhan yang berat..
hahaahahaha.. INI SEMUA KENANGAN..
Kumpulan ini menghabiskan sesi pembentangan dan soal jawab bersama panel selama satu jam.
Pelbagai soalan di tanya semasa sesi pembentangan.
Hal ini sangat mendebarkan kerana mereka kumpulan pertama.
SATU jam sudah berlalu dan akhirnya mereka menarik nafas lega dan mereka sudah "MERDEKA!!!"🎈🎈🎈



KUMPULAN KEDUA menghadapi "project research"...
Sangat mendebarkan sehingga membuatkan kumpulan ini bercakap secara tersekat-sekat kerana 'PENYAKIT' gugup datang..(hahahaha)
Kumpulan ini akhirnya selesai membuat perbentangan walaupun mengambil masa menjawab dalam sesi soal jawab bersama dua panel yang "HEBAT-HEBAT" belaka...
Seksaan mereka selesai dan nafas yang gugup tadi sudah pulih dan di gantikan dengan senyuman "GEMBIRA" sekali...
YAHOOO!!!πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„



KUMPULAN KETIGA

Kumpulan ini di soal mengenai produk "GREEN" sehinggakan sebotol air mineral di tanya bagaimana untuk mengetahui ianya produk GREEN....
Kumpulan ini menghadapi soalan yang mereka rasa nak "MENJERIT" kerana takut akan jawapan yang mereka mahu beri..(hahaha)
TETAPI mereka menjawab soalan tersebut dan akhirnya boleh menarik nafas dengan lega.
Dengan senyuman di atas boleh kita yang menggambarkan tahap debaran dan gugupnya kumpulan ini sudah berakhir dengan kelegaan...
GAMMMBATEE KAWAN!!!πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ


KUMPULAN KEEMPAT...

Kumpulan ini mempunyai tiga orang "SUPERVISOR" dan supervisor ketiga baru tetap..
Kumpulan ini di kira "PALING BANYAK" pendidik untuk menyempurnakan projek akhir mereka.. hahahahaha...
Kumpulan ini juga banyak ragam untuk menyiapkan 'FULL REPORT' mereka kerana pengalaman itu sangat mematangkan kumpulan ini..
Mereka berlima tidak pulang ke rumah sewaktu pelajar cuti seminggu kerana mereka menyempurnakan projek akhir ini dalam tangisan "RINDU" akan keluarga...
Ketabahan mereka akhirnya selesai apabila selesai sahaja pembentangan dengan keceriaan wajah ahli kumpulan mereka....
TAHNIAHHH KAWANN!!!πŸ†πŸ†πŸ†πŸ†


KUMPULAN LIMA sesi petang...
Kumpulan yang ahlinya perempuan sahaja..
Mereka sepakat dalam sesi soal jawab semasa perbentangan petang tu...
Kumpulan ini juga mengambil masa "SATU JAM" semasa sesi pembentangan dan soal jawab bersama panel..
Mereka berusaha dengan kesungguhan menjawab soalan yang diasak oleh panel.
Petang itu para panel sangat bijak memanipulasi semua kumpulan sehingga membuatkan para pelajar mempunyai penyakit "GAGAP dan GUGUP"....
Mereka berempat berjaya menghabiskan perbentangan dengan kelegaan dan kepuasan dalam menyiapkan projek akhir ini..
TERRRBAIKKKπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘


KUMPULAN ENAM...
Kumpulan yang paling cepat membuat perbentangan...
Mereka mengambil masa kurang setengah jam membentang projek dan sesi soal jawab..
Kumpulan ini hanya "SATU" soalan sahaja mereka gagap dalam menjawab soalan daripada panel..
Kumpulan yang paling cepat dan berjaya menepis segala soalan panel untuk hari itu walaupun gentar di muka masih kelihatan....
Terlepas segala penyakit di dada selepas membuat perbentangan..
GOOD JOB KAWAN!!!πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹



KUMPULAN KEDUA AKHIR IAITU KUMPULAN TUJUH..

Kumpulan ini menghadapi sedikit kesulitan dan debaran kerana ahli kumpulan mereka gagap untuk menjawab soalan..
Panel bertanyakan soalan mengenai maksud ** ini..
Kumpulan ini perlu menjelaskan maksud bintang itu dan mereka seakan gugup dan debar untuk menjawab sehingga di bernarkan membuka buku yang di sediakan kepada pelajar.
Mereka membuat projek di MR DIY SEREMBAN...
Kumpulan yang "TERLEBIH CONFIDENT" bak kata panel kerana jawapan walaupun kurang tepat tetapi mereka ada keinginan menjawab dan jawapan itu mereka pasti setelah membuat perbincangan...
ALHAMDULILLAH selesai untuk sesi soal jawab bagi kumpulan mereka...
SELESAIIII!!!!!πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€



KUMPULAN LAPAN dan ini adalah kumpulan akhir...
LIMA orang untuk kumpulan ini..
PERTUKARAN supervisor saat mereka baru mendapatkan tajuk yang baru..
Semasa pertukaran supervisor tajuk sekali lagi di rombak untuk kesempurnaan projek akhir mereka..
Pelbagai dugaan mereka hadapi...
Soalan untuk sesi soal jawab oleh panel di jawab dengan "KERUTAN" seribu di dahi ahli kumpulan..
Mereka di nasihatkan rujuk balek report yang telah sempurna itu untuk tujuan pertukaran tajuk ataupun tidak...
Kumpulan yang paling lambat menyempurnakan report kerana mereka merujuk pensyarah ENGLISH untuk 'grammar' mereka sama ada betul ataupun tidak...
Kumpulan ini berjaya menghabiskan perbentangan dan jam menunjukkan pukul 5.15 petang semasa sesi soal jawab berakhir.
ALHAMDULILLAH!!πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Para panel memberikan nasihat dan ucapan ringkas untuk penutupan perbentangan pada hari tersebut..

AKHIRNYA pelajar DRM SEMESTER 5 berjaya menghadapi liku-liku seorang pelajar dalam menyempurnakan projek akhir mereka....
Mereka berjaya menarik nafas lega kerana selepas perbentangan, mereka perlu membetulkan ayat-ayat report dan mencari "HADR COVER " untuk report mereka...


*NANTIKAN CERITERA PELAJAR DRM DALAM MENCARI TEMPAT MEMBUAT HARD COVER REPORT MEREKA...
#JUMPALAGIYAAA

AADIIOOOSSSSSβœ‹βœ‹



















Comments

Popular posts from this blog

DR. ZANATUL SHIMA BINTI AMINUDDIN