DR. ZANATUL SHIMA BINTI AMINUDDIN
19/3/2018
Panggilan yang pelajar DRM5 berikan adalah Puan Shima. Seorang tenaga pengajar subjek INTRODUCTION TO RESEARCH METHODOLOGY AND BUSINESS PROJECT semester lima kami. Beliau seorang yang pemurah dengan senyuman tetapi sedikit tegas sewaktu mengajar.
Pada tanggal 15/3/2018 segala usaha dan ilmu telah di gunakan oleh pelajar DRM5.. Pada hari tersebut Puan Shima sendiri menjadi urus setia pelajar DRM5 dalam membuat perbentangan akhir projek mereka.
Pelbagai ragam semasa perbentangan itu berlangsung. Gelagat Puan Shima juga tidak kurang hebatnya. Dari apa yang di kongsikan oleh pelajar kumpulan pagi, Puan Shima sedikit 'geram' dengan gelagat sebuah kumpulan di mana kumpulan tersebut salah dari segi objektif mereka. Sebagai pensyarah yang berdedikasi, Puan Shima menunjukkan rasa geram dengan menunjukkan isyarat "MENCUBIT" dengan gelagat kumpulan tersebut.
Perbentangan pada hari tersebut berlangsung dengan mendebarkan.
Pelbagai reaksi dan gelagat sepanjang hari tersebut. Dimana pada kumpulan akhir pada sesi petang pula menunjukkan kumpulan yang di seliakan sendiri oleh Puan Shima gugup dan gagap menjawab soalan daripada Juri. Hal ini membuatkan Puan Shimah yang di gelarkan "PENSYARAH SENYUM" itu mengeleng kepala melihat telatah ahli kumpulan tersebut.
Apa pun terjadi pelajar pada hari tersebut, pelajar DRM5 dapat menghabiskan slot perbentangan dengan leganya.
TERIMA KASIH PUAN SHIMA kerana sanggup bersabar dengan karenah DRM5.. Segala tunjuk ajar tidak akan kami lupakan sampai bila-bila.
"DAUN GAHARU SI DAUN PALAS,
ALAS DUDUK PUTERI KAYANGAN.
JASAMU PUAN TIDAK TERBALAS,
SEUMUR HIDUP JADI KENANGAN."
Ini adalah sedikit sebanyak gambar kenangan pelajar Semester 5 sesi Disember 2017.
Comments
Post a Comment